
Cuba anda baca Yes I Love You 1 dalam gambar ini dan baca sekali lagi Yes I Love You 1 dalam blog ini. Anda pasti melihat perbezaan ayatnya kerana penulis telah menokok tambah cerita supaya lebih berperisa strawberi.
Penulis paparkan sebahagian bab 1 Yes I Love You yang telah penulis edit. Dalam kepadatan masa yang ada, ada beberapa bab telah berjaya penulis tambah. Namun, ada juga bab yang tidak menjalani proses rombakan secara besar-besaran, hanya sipi-sipi sahaja. Semuanya bergantung kepada idea yang datang tanpa diundang.
Untuk bab 1 sahaja, ianya mengandungi 10 halaman bercetak dengan tulisan Times New Roman bersaiz 12 dan line spacing berukuran 1.15. Jika dijilidkan semua bab yang telah penulis paparkan di blog ini, tentu anda sendiri boleh hitung. Sebenarnya, bab bercetak ini hanyalah untuk koleksi peribadi sahaja agar boleh dibaca semula pada masa hadapan. Salam
0 komentar:
Post a Comment