Asyik-asyik perkembangan terbaharu kan?
“Kau fikir kau artis?” tanya sebelah hatiku.
“Maksud aku, perkembangan karya-karya aku, bukan perkembangan aku.” Jawab yang sebelah lagi.
“Oh ok, boleh diterima.”
Fuhh. Nasib baik boleh diterima. Jangan marah ya. Hehehe.
Hmm, apa yang nak dibebelkan lagi?
Tak adalah. Cuma terharu dengan perhatian semua orang. Ada yang meminta disambung cerita Mamat Muka Selenga, ada yang minta disambung Kau Imamku, dan tak kurang juga yang meminta sambung kembali novel Setulus Cinta. Ok nangis laju-laju. T_T
Terharu tau. Sumpah tak tipu. ^_^
Ok, di sini eden nak kobar dekat ekau-ekau semuo kek luar sanoo. Haha. eh ok serius AK. Malukan warga penulis saja kau ini! :p
AK cuma nak terangkan perancangan AK. Wah, AK ada perancangan? Macam tak percaya kan? Penulis yang pemalas dan suka buat kerja last minute ni ada perancangan. HAHAH.
Ok, kembali kepada isu yang sebenar. AK sebenarnya merancang begini:-
---Siapkan novel Mamat Muka Selenga dulu untuk target 2 novel setahun (InsyaAllah. Amin...) – sebab apa siapkan novel MMS dulu? Sebab AK tgh gilakan Jep Sepah, jadi bolehlah menghayati sikit. HAHAHHA. Esok-esok dah hilang kegilaan ni kang, tersadai pulak novel ni.
Ok salahkan dia. dia yg buat saya kene siapkan MMS dl. :p ---Kemudian baru sambung novel Kau Imamku (ini untuk awal tahun depan, 2014) – harap2 boleh keluar sebelum PBAKL’14. Sebab nanti bila duduk dekat meja penulis, tak adalah segan bila orang tengok penulisnya bertudung labuh, novelnya berbaur Korea. Contoh ya =_=” HAHAHAA.---Manakala novel Setulus Cinta pula diselang-seli untuk disambung bila kedua-dua novel utama di atas, sudah ketandusan idea sebab niatnya novel ini sekadar sampingan saja, dan bukan untuk dibukukan secara komersial.
Ok itulah perancangan AK. Tapi nak pesan sedikit, seperti yang sedia maklum... Kita hanya mampu merancang, Allah sajalah yang menentukan kerana sesungguhnya Dia Pengatur Terhebat. ^_^ Kalau apa yang AK rancangkan ini tidak menjadi, jangan marah-marah ya, ini semuanya cobaan...
Cuma AK pinta, doa-doakanlah AK selalu ya! Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Amin!
Terima kasih kerana selalu menyokong dan memberi perhatian pada karya-karya picisan AK. Terharu sgt! Sayang semua ketat-ketat.
p/s : Bagi yang belum sedar, novel MMS sudah disambung Bab 3. Selamat membaca! Sambungannya akan diusahakan secepat mungkin. ~^_^ ~
Salam
0 komentar:
Post a Comment