Bukan saiz yang menjadi ukuran cintaku padamu!
Selalu aku berfikir. Siapalah yang sudi ungkapkan kata itu padaku kan? Tapi, sebenarnya ada! Cuma aku saja yang tidak ketemu lagi waktu itu. Pagi itu ceria seperti biasa, unggas-unggas berterbangan di angkasa. Ok tak payah hiperbola sangat Adeeba! Cubit pipi kang! Eh, kembali kepada cerita. Ini kisah aku. Kisah seorang Adeeba, yang bertemu pemilik hatinya. Siapa dia? Nanti aku cerita.
Oh ya, nama penuhku Nur Adeeba Addin binti Muhammad Hakeem. Aku sudah berumur dua puluh lima tahun. Aku bertugas sebagai seorang guru sandaran di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota. Amboi dah macam jawab soalan temuduga saja kan. Ok itu tak penting, yang penting adalah cerita aku.
Cerita tentang cinta aku, bagaimana ia terjadi dan bagaimana penamatnya. Kisah aku dan si dia. Kisah cinta yang biasa, namun menjadi luar biasa kerana dia. Kerana cinta dia padaku yang bersaiz XXL...

0 komentar:
Post a Comment